Tuesday, 27 December 2011

-TEKNIK MENGGENGGAM ‘A’ DALAM PEPERIKSAAN-


Semua ‘A’ dalam peperiksaan adalah impian semua pelajar. Menggenggam ‘A’ memerlukan pengorbanan dan juga kesungguhan mentelaah sepanjang masa. Namun begitu selain mentelaah, ada teknik-teknik tertentu yang boleh membawa ‘A’ dalam genggaman kamu.

Konsisten dalam pembelajaran

  •     Bersedia untuk mempelajari topiK baru.
  • Tumpu sepenuh perhatian kepada ajaran guru.
  • Minta penjelasan guru . jika kurang faham sesuatu topiK.
  • Menyudahkan setiap kerja rumah @ tugasan yang diberi



Menganalisis setiap ujian

  • Lihat sama ada markah ujian kamu tinggi @ rendah.

  • Jika mendapat markah tinggi, teruskan dengan teknik belajar kamu.

  •  Jika mendapat markah yang rendah, cuba selidik di mana silapnya teknik belajar kamu.

  • Buat pembetulan bagi mana-mana kesilapan agar  tidak diulangi.
 
 
Menjadikan kesilapan 1 ikhtibar

  • Jadikan kesilapan satu pengajaran @ tauladan.

  • Jangan menjadikan kesilapan batu penghalang.

  • Teruskan usaha jangan berputus asa.
  • Kegagalan bermula bila kamu berhenti mencuba

Atasi kesilapan dengan betul
  • Jika disebabkan kecuaian kamu, atasinya dengan cara perbanyakkan latihan.
  • Bagi mengukuhkan jawapan kamu, tambahkan bacaan dan banyakkan bertanya kepada guru.
  • Bagi menaikkan jumlah markah, buat soalan-soalan sukar sendiri @ minta bantuan guru @ rakan-rakan yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...