Wednesday 12 October 2011

Out Of Topic.... Jenis-jenis Lensa.....




Assalamualaikum.... sekarang nie dah makin ramai yg mula rapat dgn DSLR.... so ni ada sikit info berguna....

Lensa ada satu equipment yang sangat penting pada sesebuah kamera. Yelaaa. Tanpa lens camne korang nak tangkap gambar? Terdapat pelbagai lens yang berada di pasaran dengan lingkungan harga daripada yang murah sampailah memcecah puluhan ribu ringgit. Mak aih. Mahei nak mampuih. Setiap lens mempunyai kelebihan dan kegunaannya yang tersendiri. Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:



Standard Lens / Kitlens



Kitlens biasanya didatangi sakali bersama body Dslr.  (Mintak maap, body pro Cam Nikon D3X tak dapek yo.) Lens ini kebiasaannya mempunyai focal length sepanjang 18-55mm(Canon/Nikon) dan 18-70mm(Sony). Lens ni juga boleh dianggap sebagai lens all-in-one. Nak shoot landscape? Boleh, pusing sampai 18mm. Nak portrait? Pusing lak sampai full dia punya zoom tu. Sebelum korang nak beli lens baru, korang pakai dulu kitlens ni semaksimum yang boleh. Detect dulu apa kekurangan dia. Pastu baru beli lens baru. Dengan ini korang akan membeli mengikut keperluan dan bukannya membeli mengikut nafsu serakah. Hehehe.


Prime Lens / Fixed Lens
Lens ni tiada kena-mengena dengan prime minister Zimbabwe mahupun Optimus Prime. Lens ni dipanggil fixed lens sebab ianya tidak boleh di zoom. On the bright side, lens ni lagi sharp daripada lens yang boleh zoom. Sangat sesuai untuk portrait kerana daya kebokehannya yang mencapai tahap bokehlicious. Korang tengok la berapa nilai aperturenya, besaukan? (Lagi rendah digit aperture lagi besar bukaannya.) Dengan nilai aperture yang besar, sampai 1.4, lens ini dapat mengambil gambar dalam keadaan yang gelap tanpa menggunakan flash.


Telephoto Lens
Pernah tak korang pergi ke padang rugby ke, padang bola ker pastu ada nampak photographer-photographer pakai lens besar cam bazooka hanjeng? Itu la dia telephoto lens. Lens ini berkeupayaan untuk membuat sesuatu yang jauh nampak seperti dekat. Bagi korang yang mempunyai bajet yang ciput bolehlah beli lens Tamron 70-300mm tu. Harga dia dalam Rm1.8K. Bagi yang mempunyai bajet yang macam damsyit yang boleh membuatkan seseorang itu shitbrix, silalah beli lens kaler putih tu. Tak mahal mana pon Rm 36500. Yes betul ni. Rm36.5k. Serious damsyit okay. Lens ini biasanya digunakan untuk menangkap gambar sport supaya pemain itu nampak jelas. Lens ini juga boleh digunakan untuk menangkap gambar portrait kerana bokehnya yang yummy.



Wide Angle Lens
Wide angle lens merujuk kepada lens bersudut lebar. Kebiasaannya lens ini digunakan untuk mengambil gambar landscape dan group photo. Dengan sudut yang luas kita tidak perlu bersusah payah nak zoom guna kaki bila dah abis pusing zoom untuk memasukkan semua subjek dalam frame.



Macro Lens
Macro lens, sesuai dengan namanya, lens ini dicipta untuk menangkap gambar benda yang kecik macam lalat dan serangga yang lain. Lens ini diperlukan oleh korang yang nak close-up giler babeng sampai nampak bulu hidung housemate korang. Kelebihan lens ini terletak pada minimum focus distance. Untuk lens-lens yang biasa korang tak boleh nak letak lens dekat sangat dengan subject, nanti tak boleh auto focus. Kalau hangpa tak caya pi lah cuba try test.


Fisheye Lens
Fisheye ni ekceli duduk bawah Wide lens. Cuma ianya lebih wide dan efek yang melengkung kat tengah. Itu sebenarnya distortion yang melampau. Walaupun wide lens kadang-kala menghasilkan imej distortion, tetapi distortionnya tidak mampu menandingi fisheye punya distortion yang lagi mantop.


Banyak lagi lens yang belum aku sebutkan dalam entry ni, contohnya lensbaby dan tilt-shift lens. Tapi aku rasa cukuplah yang ni dulu.

Nasihat aku kalau nak beli lens, ikut keperluan bukannya nafsu. Pakai dulu kitlens tu. Bila dah tahu apa bidang nak terjun baru beli lens mengikut keperluan. Kalau beli lens mahal-mahal pon tapi basic tak gheti tak guna gak. Masterkan dulu segi tiga emas fotografi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...