Wednesday 12 October 2011

Slot Motivasi 1 **Saudara Bukan Gagal Tetapi Belum Berjaya**


Anda rasa diri saudara gagal?

adakah selama ini anda berasa diri anda gagal? jangan fikir begitu....

Dalam sejarah dunia, Tuhan menunjukkan betapa fitrah alam menguji orang2 yang hendak berjaya... kadangkala ada perkara yang kita benci, tapi iaqnya baik untuk kita.... ada juga perkara yang kita suka, tetapi ianya memudaratkan diri....

Jangan sedih apabila selama ini anda tidak mencapai apa yang anda idamkan... Anda bukannya GAGAL, tetapi 'BELUM BERJAYA'. Mari kita tgk beberapa contoh kisah orang yamh tidak pernah berasa gagal.... sebaliknya terus berusaha kerana mereka yakin dengan kejayaan mereka.......


Kolonel Sanders & Resipi Rahsianya....
Kenal tak sapa dia nie...ha dia lah org yg mencipta resipi ayam goreng KFC yang korang gila makan tu.... dia ni cipta nama dan kejayaan dengan resipi dia tu.... pakcik nie bersara, umur 65 tahun... semasa menerima duit pencen pertama dia., dia rasa frust sangat n menyalahkan dirinya sendiri kerana jumlah pencen dia yang ciput.... jadi sebab frust ngan duit yang tak seberapa, dia decide untuk mencadangkan resipi ayang goreng milik keluarga dia kepada sebuah restoren.... tapi sungguh malang... resipi dia ditolak mentah2... jadi apa jadi seterusnya....
pak cik nie tak berputus asa.... bagi dia, dia bukan gagal, tapi belum berjaya.... pakcik nie terus mencuba sampai orang ke 1000 pun menolak resipi dia.... tapi dalam hati dia, dia masih lagi tak berputus asa.... usaha diteruskan sehingga orang ke 1009 dan orang tu kata... 'hrmmmm.... resipi ini sungguh sedap.....

9 tahun pastu, selepas perniagaannya maju... pakcik nie menjual perniagaannya itu dengan harga US$2,000,000. kini restoren tu, KFC la. mana2 kita pergi pun kita boleh jumpa....Nie cerita betul nie....bukan cobaan....


Thomas Alva Edison..

Pakcik nie pernah kata "ilham orang yang genius hanya menyumbangkan 1% kepada kejayaan, manakala 99% lagi adalah usaha yang gigih". pakcik nie membuktikan kegigihan dia dengan bekerja selama 18 jam sehari.... dia amik masa 10 tahun bagi menghasilkan bateri nikel-besi-kadmium.... dia melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan sebelum berjaya mengeluarkan lateks dari satu jenis tumbuhan sahaja. pakcik nie gak mencipta lampu selepas berusaha lebih 10,000 kali...dan sepanjang umur dia.... pakcik nie dah berjaya patenkan 1093 jenis rekaan dan ciptaan....walaupun hanya menghadiri sekolah selama enam bulan sahaja.....kenapa 6 bulan.... ha tu cari sendiri....hint dia pasal mak dia....semua nak tulis lenguh laaaa....


Contoh-contoh lain
banyak lagi contoh.... nie antaranya.... Nelson Mandela hanya menjadi presiden Afrika Selatan setelah dipenjarakan hampir suku abad.... Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui cara bagi mengkomersialkan getah.... dan Boon Siew ... walaupun tak pandai baca n menulis... tapi mampu menjadi jutawan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada beribu pekerja atas kegigihan dia.... yg nie penah dah cikgu story kat http://kaunselornazlisham.blogspot.com/2011/10/tulis-nama-pun-tak-pandai-tapi-nama-dia.html,,,

Jadi renung-renungkan lah dan meh kita tgk satu pepatah nie.... " apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan". dan dalam Al- Quran surah al-Insyirah, "sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu, akan ada kesenangan".

sumber dari buku 55 petua orang berjaya...
selamat membaca....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...