Monday 17 October 2011

Slot Motivasi 2 - TIDUR... Orang Cemerlang Perlukan Tidur-


Assalamualaikum....
apa habaq semua.... hehehe lama plak cikgu nak post apa2 kat blog nie...biasa la busy lebih plak kebelakangan nie... so ari nie ada slot motivasi yang pelik sikit.... sebab apa sebab bab TIDUR hehehe.... selalunya cikgu2 kat sekolah tak suka or marah bila kita tiduk dalam kelas kan?.... tapi meh cikgu cerita lebih kurang tentang kenapa tidur nie penting sangat....


Tidur adalah rehat yang paling penting. Sebab tidur adalah satu fenomena yang diciptkan oleh Allah supaya badan manusia dapat 'dicas' semula ngan tenaga.... ingat handphone or laptop korg jer ker yang kena caj.... seperti handphone semakin kita kerap gunakannya, semakin cepat ianya perlu di caj. So bila bateri habis tenaga comfirm kita dah tak leh guna tepon kita tu kan?....

Kita pun ibarat macam tepon kita jugak.... Siang adalah waktu untuk 'digunakan' dan malam pulak masa untuk kita memulihkan tenaga yang dah kita guna..... Al-Quran ada menyebut dalam surah an-Naba' ayat 10-11, " Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (untuk berlindung & berehat). Dan juga Kami jadikan siang sebagai kehidupan (untuk bekerja & berusaha)."


Kenapa Mesti Tidur?

Haa dalam Tinker Ready keluaran 2000, ada memaparkan sebuah artikal, Naps: The Art of Snoozing, (Naps tu tidur yer....) yang manaartikal ini memberitahu kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan bagi memanafaatkan karbohirat di dalam badan dan mengwujudkan keadaan yang seakan-akan penyakit kencing manis. Sekiranya ianya terjadi... badan akan berasa lemah dan tidak bermaya...

Jadi apa lagi jom kita tido dulu hehehehe
Adios

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...