Monday 17 October 2011

Slot Bimbingan ( Oh Ibu)



Oh Ibu....
Assalamualaikum....
Hari nie cikgu nak cerita cikit tentang ibu... ibu insan yang aku panggil mak.. perkataan pertama yang terpacul dari mulutku saat aku mula bicara... insan yang tak pernah merungut walaupun pelbagai karenah dan ragam yang ku lakukan... dengan penuh sabar menjaga dan mendidik aku sehingga menjadi manusia berguna ... yang tak pernah jemu memberikan aku kasih sayang... yang sentiasa ada bila aku dilanda kesedihan... yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatanku.... 

Namun sekarang mak dah pergi selamanya meninggalkan aku... Semoga Ruh mu Mak ‘Norsiah Bt Sulaiman’ aman di sana bersama orang2 yang beriman... Amin... pergi mu tiada pengganti... suara mu aku rindui... rasa masakan mu sentiasa ku ingati... dan kini apabila aku dah berjaya dan berkerjaya, tiada siapa lagi yang dapat ku kongsikan bersama.... Aku rindukan mak...
Demi jasa mu membesarkan aku. Selayaknya kamu mendapat penghormatan dan ketaatan dari ku.
Dah bergenang2 air mata hehehe... so semperna mengingati ibu nie cikgu nak kongsi tentang ketaatan kepada ibu....
PENGORBANAN IBU TERHADAP DIRI KITA
1)      Mengandung selama 9 bulan. Mengalami pelbagai masalah kesihatn selama mengandung, membawa perut yang sarat, tidak selesa dengan perubahan fizikal dan emosi sering terganggu.
2)      Melahirkan anak. Bertarung nyawa untuk melahirkan anak dan mengalami kesakitan yang amat sangat.
3)      Memelihara anak dari kecil sehinggalah dewasa.
4)      Mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Tu baru 4 yang cikgu nyatakan, yang lain2 tak tulis lagi tu... tapi kita semakin lama semakin dewasa dan semakin matang untuk memikirkan segala pengorbanan dan kepayahan ibu untuk membesarkan kita.....
Jadi kalo boleh, hormatilah ibu kita sebagi insane yang paling layak untuk menerimanya dan elakkan dari menyakiti hati ibu....
PERKARA2 YANG BOLEH MENYENANGKAN HATI IBU (TETAPI SERING DIABAIKAN OLEH ANAK-ANAK)

1)      Bercakap dengan nada suara yang lembut dan lunak.... kalo ngan awek/pakwe/isteri leh cakap lemah lembut sopan kenapa ngan mak susah plak nak cakap romantik2... pelik kan...
2)      Memanggil ibu dengan nada yang manja ( walaupun kita dah dewasa)... ngan awek/pakwe kalo bercakap orang yag duk sebelah dia pun tak dapat dengar apa yang dia cakap kan...
3)      Menceritakan kepadanya peristiwa2 yang berlaku pada diri kita... dia org yang paling layak untuk tahu.... bukan kawan, BF, GF, or orang lain... apa nak dimalukan....
4)      Minta kebenaran dari ibu jika hendak ke mana2... elakkan dia risau tentang kemana kita dan lebih berkat perjalanan kita ke destinasi yang nak dituju...
5)      Tidak memaksa ibu member kebenaran untuk keluar rumah. Jika dia sudah menyatakan tidak...
6)      Tidak mengingkari suruhannya...
7)      Meminta nasihat daripadanya dalam semua perkara, terutama dalam hal wanita (nie untuk anak2 perempuan jer.... yang lelaki tak yang nak ngada2)
8)      Menjadikan ibu sebagi tempat mengadu (sebab ibu lebih mudah mendengar luahan hati)
9)      Cium tangan ibu ketika keluar dan selepas solat....
10)   Selalu menghubungi ibu( call) sekali or dua dalam seminggu kalo malas sangat2 pun untuk tanya khabar
11)   Membantu ibu menyiapkan kerja dapur dan rumah....
12)   Tidak memanggil dengan namanya atau dengan gelaran yang kurang sopan...
13)   Menulis warkah kepadanya sekurang2nya sekali dalam sebulan.... elak guna sms... tulis tangan untuk tunjuk penghargaan n sayang pada ibu.... susah ker... X kan....

So setakat nie dulu tentang Oh Ibu.... Teringat plak lagu Oh Ibu nyanyian Mamat Exists.... shahdu habaq hang hehehehe
Adios....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...