Saturday 26 November 2011

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL (LATEST INFO)


Assalamualaikum...W.B.T...
lama rasanya cikgu tak menulis dalam blog nie.... bukan sebab malas tapi sebab kesihatan tak mengizinkan... untuk makluman cikgu telah di diagnos dengan penyakit nephotic syndrom relapse kali ke 6..... dah 6 kali tanggung azab.... hope pas nie tak kena dah..... so amacam student semua.....
kali nie cikgu nak war-warkan info terbaru kepada sesiapa or student cikgu tentang sistem baru yang akan diguna pakai mulai tahun depan....

bermula tahun 2012 pelajar tingkatan 1 akan mejadi perintis pelajar yang tidak akan menduduki peperiksaan PMR.... ala mcm tak best jer bunyinyerkan.... tapi ini la antara program yang diterapkan agar pelajar kita lebih berorientasikan pempentukkan modal insan berbanding exam oriented.... huhhhh ayat penyedap telinga nie hehehe.... dan mulai tahun depan juga ada beberapa sekolah vokasional yang akan bertukar status menjadi kolej vokasional..... maknanya budak2 yang masuk ke sini akan belajar peringkat diploma terus.... mcm best jer dengar kan.... dan di Perak nie ada sekolah yang terpilih iaitu SM Vokasional Manjung atau nama baru dia Kolej Vokasional Manjung....program yang ditawarkan 1 jer kat sini... meh kita tgk k...

Kolej Vokasional Manjung
  • Program Diploma Vokasional (Teknologi Elektrik & Teknologi Elektronik)
  • terbuka kepada pelajar lepasan PMR 2011
  • pemohonan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan PMR 2011
  • sihat tubuh badan & tidak rabun warna
  • minat yang tinggi terhadap kursus yang dipohon
  • syarat2 kemasukan ( kepujian Bahasa melayu & Lulus Bahasa inggeris, Matematik & Sains@Kemahiran Hidup.
  • mohon segera secara online www.moe.my/bptv ATAU datang sendiri ke Kolej Vokasional manjung untuk mengisi borang.....
  • Tarikh tutup 19 DEC 2011
  • maklumat lanjut : Hubungi no 05-6881608
Nak seribu daya.... tak nak seribu dalih....SELAMAT MENCUBA.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...