Sunday 4 December 2011

PETUA UNTUK BERJAYA....(BELAJAR MENDENGAR)



Assalamualaikum....W.B.T...
Apa khabar semua student2 cikgu.... harapnya semua dalam keadaan yang sihat n pandai2 jaga diri semasa cuti persekolahan.

Dalam minggu ni, dalam group FACEBOOK UBK SMK PENGKALAN AUR  ada cikgu quotekan satu kata-kata hikmat dari J.B. Fuqua- “Ada sebab kenapa Tuhan memberikan kita dua telinga dan satu mulut. Supaya kita mendengar lebih banyak daripada bercakap”. Kalo tak ingat pun tak pe sbb cikgu akan berikan keseluruhan artikal berkenaan petua ‘BELAJAR MENDENGAR’.
Polisi dan Moto Menarik daripada Rockefeller.
John D. Rockefeller, antara orang yang terkaya di dunia pada zamannya dan pemilik Standard oil Company pernah berkata, “sudah menjadi polisi kami mendengar dengan teliti dan berbincang dengan tulus sehingga bukti yang terakhir diletakkan di atas meja bagi menetapkan keputusan”. Beliau juga memberitahu motonya iaitu, “biarkan orang lain bercakap”.
Beberapa Idea Menarik dalam Mendengar.


  •     Semua orang berhak berkata-kata.

Dengar apa yang diperkatakan olehnya. Nabi Muhammad SAW pernah suatu masa disapa oleh Umi Maktum, seorang yang buta bagi bertanyakan sesuatu. Namun, beliau memalingkan mukanya dan memberikan tumpuan kepada orang kanamaan lain. Tuhan membetulkan perbuatan ini di dalam Quran dan menyuruh supaya beliau mendengar apa yang diperkatakan tidak kira siapa dia.


  •    Saudara jangan terlalu banyak bercakap.

Sekiranya saudara asyik bercakap, bila saudara hendak mendengar?. Seorang multimillionair, J.B. Fuqua berjaya mendapat reputasi yang baik kerana beliau sikit bercakap dan banyak mendengar. Beliau terkenal kerana sering menghadiri mesyuarat perniagaan penting tanpa mengeluarkan sebarang komen. Beliau pernah berkata, “Ada sebab kenapa Tuhan memberikan kita dua telinga dan satu mulut. Supaya kita mendengar lebih banyak daripada bercakap”.



  •      Timbulkan minat dan tunjukkanya.

Apabila saudara bercakap dengan seseorang, tiada apa yang lebih mengembirakan saudara selain mendapat minat yang sebenar dari orang yang mendengar. Begitu juga mereka.  Saudara perlu menimbulkan minat dan memanifestasikan dalam bentuk mimic muka , pandangan mata, gerak tubuh dan lain-lain. Mary Kay pernah memberikan satu petua yang menarik. Setiap kali saudara mendengar orang lain bercakapdengan saudara, bayangkan dileher mereka ada satu papan tanda tertulis, “jadikan saya berasa diri ini penting”.


  •     Beritahu dia apa yang saudara sedang dengar.

Selain daripada hubungan mata, saudara boleh menunjukkan perhatian saudara dengan mengangguk-angguk perlahan dan berkata “ Ya” atau “Oh, Yakah?” ataupun “Betul?” ataupun “Jadi?” serta banyak lagi.... Tunjukkan dia masih bersama dengan saudara. Dalam budaya Jepun, apabila dua orang sedang berbual, mereka menggunakan kata-kata balas yang dikenali sebagai aizuchi. Perkataan Ai bermaksud ‘melakukan sesuatu bersama2’. Manakala Zuchi adalah ‘Tukul Besi’. Apabila dua orang berbua, mereka saling berbalas kata sehingga berbunyi seperti dua orang sedang menempa pedang besi bersama2 dengan menggunakan tukul. Saudara bagaimana?. Sudahkan anda menggunakan Aizuchi dalam perbualan harian anda?

-          Dipetik dari buku 55 petua orang berjaya ( Dato Dr Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...