Saturday 17 December 2011

SAHSIAH DAN MORAL : VANDALISM



Assalamualaikum.....
Apa kabar semua.... cikgu harapkan semuanya sihat sejahtera.... so untuk posting kali nie cikgu rasa terpanggil untuk berkongsi satu tajuk yang pada cikgu telah lama berjangkit pada orang kita.... tajuk cikgu ‘VANDALISM’ ....apa ke binatang VANDALISM nie.... macam bunyi makanan pun ada... macam bunyi nama kenderaan pun ada.... dalam bahasa kita nie dipanggil ‘LAKU MUSNAH’.... alamak.... macam terus tak sedap bunyinya hehehehe.... so  cikgu mulakan ngan bagi dia punya maksud dulu.... tak kenal maka mmg korang takkan amik tahu punya kan...kan...kan....
{Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, ( Laaa nama kaum rupanya.... baru pak cik tau .... heheheehe) yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.}
Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bus, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya diasiosiasikan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.
Motif untuk vandalisime adalah terletak pada aspek emosi. Vandalisme biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata.( laaaa pasal bosan rupanya.... kecian depa nie.... macam orang terbuang dan tak dapat kasih sayang jer bunyinyer....) Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina.

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme 

i. Pengaruh Rakan Sebaya 
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya  lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga 
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak  menghiraukan papan tanda  had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak  dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini. ( Terfikir plak cikgu.... kalo pelajar2 dok suka conteng2 dinding, pecah tandas, pecah papan kenyataan.... agaknya macam mana laaa rupa ruma dia orang... n maybe ibubapa dia orang pun buat macam tu juga kot kat rumah sendiri... ni dah kira sound direct dah nie.... kalo tak terasa lagi tak tahu laaa telinga spesis apa hehehehe)
iii. Pengaruh Media Massa 
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.
iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat 
Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar  sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam. 

Langkah-langkah 

i.  Penguatkuasaan Undang-undang 
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan  kepada rakan-rakan.  
ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga 
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan  dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan  untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah. 
Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan  memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya  beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab. 
iv.  Peranan Media Massa 
Selain berfungsi  sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang  terdapat dalam media massa. 
 Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan  dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya. 

Akhir sekali cikgu berharap sangat agar Warga pelajar SMKPA dapat melakukan anjakkan paradigma
Untuk sama2 berubah dan sama2 mengambil sikap dan tanggungjawab bahawa segala harta awam dan sekolah adalah hak bersama yang patut dinikmati dan dihargai secara bersama..... sama2 kita menjaga tandas, taman, kantin, kelas, papan kenyataan, dan segala yang berada disekeliling kita.... dan kalo mampu sama2 kita menjaga dan menambah baikkan lagi harta awam yang ada dengan mencantikkannya lagi bukan merosakkan.....
“Semoga kita menjadi ahli masyarakat yang berkualiti dan semoga warga SMKPA menjadi warga contoh untuk diikuti.... sama-sama kita merialisasikan IMPIAN......”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...