Friday 9 December 2011

TIPS - PETUA MUDAH MENGINGAT


Assalamualaikum WBT....
Apa kabar semua.... cikgu haraap semua sihat disamping orang yang disayangi... hehehe ( Sapa la gerangan orang yang disayangi tu, sendiri mau ingat hehehe)

Untuk posting kali nie cikgu nak share tentang satu petua yang menjadi persoalan oleh ramai pelajar... dan tak salah rasanya kita share benda nie beramai2kan.... jadi tajuk hari nie ialah PETUA MUDAH MENGINGAT... kalo student2 cikgu ingat kalo dalam kelas, masa cikgu bagi talk or merapek kat kamu, then ada cikgu lain or pelajar bagi salam n mintak apa2 dari cikgu, pas tu mesti cikgu akan tanya pada kelas apa yang cikgu cakap sebelum tu kan? Hehehe .... tu sebab cikgu dulu makan banyak semut hehehe..... so hari ni ada laaa beberapa tips dan petua untuk kita mudah mengingat.... tambahan plak di umur kamu yang masih muda remaja makin mudah untuk mengingat.... kalo dah retua dan mangkor macam cikgu nie makan laa kismis sebakul  pun belum tentu penyakit pelupa cikgu nie sembuh hehehehe.

So kita mula kan dengan tips nya mengikut point2 jer la lagi senang yer tak;
·         Makan apa bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. ( la patut la susah cikgu nak mengingat sesuatu benda hehehehe)

·         Makan awal pada sebelah malam, sebaik-baiknya sebelum maghrib... (orang cina mmg mengamalkan amalan nie... patut dia orang senang menghafal. Betul tak?). waktu belajar terbaik ialah 2 jam selepas makan bagi membolehkan tumpuan diberikan sepenuhnya terhadap pembelajaran. ( sebab makanan yang kita makan tadi kita dah hadam).

·         Elakkan minum ketika sedang makan. Seelok-eloknya minum 1 jam sebelum atau sesudah makan kerana minum ketika makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan sempurna. Ini kerana enzim penghadaman makanan menjadi cair oleh air yang diminum.... makanan perlu dihadamkan dengan sempurna bagi mendapat zat yang optimum oleh tubuh badan terutamanya otak. ( tapi kalo dah tengah2 makan tu tersangkut or tercekik minum la... kalo tak kang, mati plak tak pasal2 cikgu plak yang bersalah n berdosa sbb cakap jgn minum time makan.... hehehehe)

·         Elakkan dari mengambil bahan-bahan yang boleh melemahkan daya ingatan seperti:

·         Makanan atau minuman yang telah dicemari serangga seperti semut, lalat atau lipas. (semut n lalat tu cikgu lalu lagi. Tapi LIPAS yerrrkkkkk)

·         Kepala ikan ( sodap oooooo), sebab “ikan mula busuk dari kepalanya,” menurut pepatah Cina.  Jika mahu juga menjamah, baca lah doa perlindungan.... (ha yang nie kena g tanya Ustaz Mohsin or Zahidi)

·         Organ dalaman ikan, ayam, lembu dan lain2, seperti hati, limpa, paru2, jantung, perut dan otak.... ( erkkkk OTAK, ada ker orang yang makan otak....nak telan air liur pun dah tak lepas hehehe)

·         Makanan dan minuman yang terlalu masam seperti makanan yang dijeruk, epal hijau, mangga muda, minuman berkarbonat dan sebagainya... berdasarkan kajian saintifik, bahan2 yang masam menyebabkan pengumpulan lender pada bahagian tengkuk yang menjejaskan proses mengingat dan kelancaran berfikir.

·         Minuman gas. Kerana mengandungi bahan2 yang bukan sahaja membahayakan kesihatan, malahan menjejaskan kecergasan otak...

So mudah2an apa yang cikgu share hari nie dapat diamalkan oleh semua student2 cikgu.... tak dapat banyak pun sikit jadilah.... sekurang2nya kita berusaha untuk sama2 memudahkan kerja otak kita kan.... semoga berjumpa lagi di posting yang akan datang.....
Adios amigos

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...