Wednesday 7 December 2011

SLOT PENGETAHUAN AM ( KEHEBATAN OTAK )



Assalamualaikum .W.B.T...
Tajuk hari nie rasanya dah banyak cikgu sembangkan dalam kelas.... tapi cikgu paham kadang2 dalam kelas apa yg cikgu perkatakan selalunya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.... akhirnya tahi telinga yang makin menebal kan hehehe.... sbb kadang kala cikgu dulu pun masa sebaya dengan kamu pun lebih kurang.... namun manusia tu mampu berubah kan...... 

So tajuk yang nak cikgu bawak ari nie adalah brkenaan KEHEBATAN OTAK.... Otak sapa?.... otak kita la.... Otak dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita untuk kegunaan berfikir... dan kemampuan berfikir seseorang itu tidak bergantung kepada saiz atau berat otak fizikalnya.... tetapi pada sel-sel saraf neuron yg terkandung didalam otak tersebut.... jgn plak fikir yg org berbadan besar tu pandai (hehehe mcm nak puji diri sendiri plak ) sbb otak dia besar  atau fikir org badan kecik tu kurang pandai sbb otak dia kecik plak pas nie ok....
Orang yg jarang berfikir pun paling minimum mempunyai 10 bilion sel.... (nie bukan cikgu ckp tapi mmg kajian dari buku yer).... setiap satu sel berhubungan dengan saraf yang lain... orang yang rajin berfikir pula mempunyai sehingga 1 trilion sel....semakin kerap kita berfikir, semakin banyak sel otak yang terbentuk dan berhubung.....( haaaa hebat otak kita nie.... makin banyak kita guna makin hebat dia..... tak mcm barang2 lain yg kita guna cth keta, com, hp makin banyak kita guna makin cepat jahanamnya dia....)

Otak mengandungi bahan cecair yang terdiri dari berpuluh2 jenis bahan kimia, yg bertindak balas untuk membolehkan manusia berfikir.... (nak tahu bahan kimia apa kena tnya pakar kita, cikgu Aminah Kamaruddin) setiap sel otak mempunyai kapasiti seperti sebuah computer besar, yg membolehkan otak mampu menampung sekurang2nya 120 kemahiran....( Banyak tuuuuu).... malangnya, manusia hanya menggunakan 5-10 % sahaja daripada keupayaan dan kemampuan otak mereka..... ( ibarat pakai keta FERARRI tapi bawa 60 KMJ jer ) hehehehe.....apa barang, yer tak?
Menurut kajian awal saintis terkenal Pak Cik Albert Eienstein, otak manusia terbahagi kepada dua: dikenali sebagai otak kanan dan otak kiri. Kemudiannya, Pak Cik Dr Robert Ornstein dan Pak Cik Dr Roger Sperry dari Institut Teknologi California pula mengkaji tentang perbezaan fungsi otak kiri dan otak kanan secara sistematik.....( nasib baik la pakcik2 nie baik ati nak tlg kajikan... kalo cikgu nak tgk darah pun dah ketor lutut nie kan plak nak belek2 otak heheheh)
Kajian mereka mendapati otak kanan berfungsi lebih khusus dalam memproses maklumat secara keseluruhan dan bertindak balas dengan irama, imej, warna dan berkhayal.... otak kiri plak memproses maklumat satu persatu dan bertindak balas denganperkataan, nombor, logik dan analisis..... so untuk kita jadi org yg cemerlang kita kena laaa gunakan kedua-dua otak kita ketika belajar.....
PERANAN OTAK KETIKA MEMBACA
OTAK KIRI
OTAK KANAN
Meneliti perkataan demi perkataan
Memahami isi buku secara keseluruhan
Berfikir logiknya kandungan buku
Menggambarkan apa yang dibaca dalam minda
Mengingat fakta, formula & pembendaharaan kata
Bacaan dibawa kepada perasaan dalam hati


Dengan menggunakan kemampuan otak secara optimum barulah kita dapat menggarap ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dan pantas.......
Jangan sekali-kali kita merosakkan fungsi dan keupayaan otak kita dengan melakukan aktiviti yang mengakibatkan otak cepat rosak seperti merokok, menghisap dadah, minum arak, melihat gambar lucah, bermain sukan merbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan kepala dan sebagainya.... SAY NO TO REMPIT hehehehe..... KEPALA OTAK kita nie nak pakai lama ooooooo.....
Setakat ini dulu post cikgu kali nie.... selamat membaca dan semoga penambahan ilmu pada hari ini akan member manafaat di ahri yang mendatang....
                “Dengan memiliki ilmu pengetahuan, Darjat atau kedudukan berbeza-beza, seseorang itu lebih dimuliakan kerana ilmu yang dimilikinya.”-Hj Abdullah Khairi Hj Haroon & Hj Ahmad Fathur Rahman Hj Haroon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...